Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Sunday, January 16, 2011

My Precious

Beberapa hari ni memang langsung takda nafsu nak blogberjalan. Banyak kerja dan masalah tak setel lagi. Maaf la kalau ade jejak tak terbalas. Kalau nak aku balas jejak, tinggalkan la tapak kat mane-mane entri, senang nak kesan. Internet pon da makin tak sihat sekarang, nak upload gambar sekarang amik masa sehari suntuk, bayangkan 3 gambar amik masa dekat sejam, tu takpe lagi nak plak tetiba error. Kene upload balik. Memang sadis. Tapi demi pembaca setia aku gagahkan juga diri ini untuk upload gambar walaupon lautan api terpakse aku renangi, sekalipon naga berkepala tiga menghalang perjalanan. Aku sanggup hadapi semua itu demi follower yang dihormati.(ternyata poyo ayat-ayat aku, cepat lempang lelaju)

Kali ni nak tunjuk gambar kawan-kawan aku yang bawak aku merasa makan kat tempat yang bleh kire eksklusif berdekatan dengan kawasan rumah sewa aku. Da nak 3 taun duk sini, first time aku datang kat kafe ni. (aku bukan orang kaya nak makan tempat mahal)

Aku tak buat magnify untuk entri kali ni sebab tak sempat. Dok upload gambar dari pagi sampai malam membuatkan aku kehilangan inspirasi nak buat magnify.

pintu depan NR Cafe..macam-macam ada

Dessy

Mizah

Sarah

Faizal

boleh jadi model rimba ni..

masing-masing muke da lapor, tapi dok cover2..haha

sup belut memang best

abes dah...nak kenal Faizal g kat link url dlm gambar diatas

Dah kenyang ada plak suara halus ajak g bandar

baru beli speedlite..ghehe

3 beradik laen mak, laen bapak, laen negeri


Lapar dan geram bercampur aduk, bergaul dan bersebati membuat aku rase nak kunyah router internet aku. Kenapa la kau lembab. Kalau boleh buat sup kan best. Teringat sup belut.
Readme more >>

Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'



Kali ni aku nak join segmen dari abang ben. Untuk blogger-baru nak naek macam aku ni rasenye ramai kenal ben ashaari. Macam-macam segmen ada dalam blog dia. Tapi satu pon aku belum pernah join. Banyak jadi silent reader je sebelum ni. Tapi kali ni bile abang ben kate nak buat segmen "Blogger Gegarkan 'U'" aku tetibe rase tertarik nak join. Sikit je soalan nak kena jawab. Sape yang nak join segmen ni boleh pergi jenguk blog Ben Ashaari


Belajar di Universiti Malaysaia Terengganu. Sebuah 'U' tepi pantai, ada kawasan bakau. Amik jurusan Sains Samudera. Semester 6, tahun akhir.
Selalunya dialog ni mesti muncul bile orang tanye aku belajar ape...
Penyoal : amik course ape?
Aku : sains samudera
Penyoal : haa??sains ape?
Aku : sains marin
Penyoal : ?? (buat muke blur)
Aku : sains laut
Penyoal : oooo...
Aku : =_="

*janggal sangat ke perkataan samudera?

Aku berasal dari Johor Sembilan. Sebab ape Johor Sembilan?? Mak ayah aku dari Johor, aku lahir pon kat Johor, tapi dari den kocik sampai den bosar den duduk kek nogori. Sobab tu la den ni orang Johor Sombilan. (sila sepak kalau tak suka lawak ni)
Tahun ni umur masuk 22 tahun. Dah hilang status teenager dah.

Sebab ape aku amik jurusan Sains Samudera?? Sebab dia best.. Belajar macam-macam pasal laut. Kita kan duduk kat darat, jadi aku nak tau ape yang ada dalam laut.. kenapa laut warna biru.. Kenapa laut masin, lori garam jatuh dalam laut ke.. Sebab laen aku pilih jurusan ni plak sebab dulu mase matrik pernah buat research pasal jurusan ni dan nampak jurusan ni ada bidang pekerjaan yang luas. Nak kerja kat darat boleh, nak kerja kat laut pon boleh

Sekarang ni target nak kerja dengan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM). Tapi mak pulak macam berat nak bagi kerja jauh-jauh. Doa-doa la mak bagi mintak kerja dengan APMM nanti. Boleh merasa jadi Leftenan.

Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...