Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Friday, December 9, 2011

Mari Mencandat Sutun

Berkurun aku tak update blog...Bukan aku malas..Bukan..Sila la percaya...Kalau tak percaya, belahlah dada, operate lah hati..

Sebab apa aku tak update?

Sebab....Sebab...

eeerrrr....

Eh....Sapa yang pernah pergi candat sotong?Haaa...mesti ada tak pernah pergi kan? Mencandat sotong ni tak sama macam mancing ikan. Kalau mancing ikan ni memang layan bertarung masa nak naikkan ikan. Kalau candat sotong ni tak payah nak ganas-ganas bertarung nak naikkan sotong. Mau putus nanti tentacle/janggut sutun tu nanti.

Alhamdulillah la masa aku belajar (alamak.terasa macam da lama abis belajar plak) sempat la jugak aku merasa mencandat sotong ni 2 kali.. First time pengalaman masa trip untuk subjek Kerja Lapangan..Mencandat dekat dengan kawasan Pulau Redang..Masa tu bodoh-bodoh lagi pasal candat sotong ni..Aku rasa aku dapat jugak sotong masa tu, tapi tak ingat dapat berapa ekor..Aku rasa la...

Kali kedua ni plak aku pergi sendiri dengan kawan-kawan aku..Sorang member ni yang jadi program manager, dia yang cari bot, dia jugak cari peserta yang nak join mencandat.

Jadi pada hari yang ditetapkan, maka bertolaklah aku ke Seberang Takir. Kami naik bot dari jeti Seberang Takir dalam pukul 6 petang lebih. Haaa..peringatan kepada sesape yang mabuk laut, yang rasa-rasa akan mabuk laut atau tak pernah naik bot, elok la makan pil mabuk laut sejam sebelum naik bot. Sebab apa? Sebab ketidakseronokan akan berlaku sebab bagi sesiapa yang mabuk laut tu kompem tak kan rasa nikmat mencandat sotong. Sebab korang akan terbaring lesu tidak berdaya.

Cakap banyak pon tak guna... Korang tengok la gambar yang ada...

berapa punya padat daaa..
sape tau nama rumput ni?






mastermind ekspedisi mencandat
ritual tarian candat
control~...control~..

bouncer Kg Pisang

divemaster..*p/s :-lesen bila mau siap daaaa.....

gewang candat
rekod sotong paling besar..ghehe
xmuat kot nak masuk bekas Mr Potato..
mastermind pegang rekod sotong paling banyak
megi sotong..sotong segar dari laut beb
masing-masing da start mabuk laut dah..haha
yang ni da xlarat lagi dah..
-----------------------------------------------------------------------------------------

Lepas dah lama xupdate ni aku tak janji, tapi akan cuba update lebih kerap. Sebab banyak lagi gambar yang tak dikongsikan lagi. Till next entr, adios...

Readme more >>

Monday, August 29, 2011

Stereographic Vs Planet Raja Kai

Teingat bila kecik-kecik dulu tiap-tiap hari sabtu dengan ahad, pukul 9.30, da siap tercongok depan tibi ( TV).

Buat ape?

Nanti dulu aku tak abis cerita lagi, jangan menyampuk orang tua nak cakap boleh tak?

Memang kalau tak duduk depan tibi hari sabtu dengan ahad dari pukul 9.30 sampai pukul 10 rase tak lengkap la dunia ni. Sebab hari isnin nak kene  buat ulasan professional tentang siaran tersebut. Sampai bergaduh-gaduh. Ada jugak yang jadi ahli nujum, ramal apa yang akan jadi episod akan datang. Maka akan kedengaran juga suara-suara halus yang menyatakan rasa tak puas hati dengan adegan yang ditunjukkan, tidak kurang juga ada yang teruja nak tunggu episod minggu depan.

Paling tak puas hati, bila tengah-tengah syok nak tunggu klimak boleh plak die suruh tunggu sambungan..grrr..tak puas rasa tengok tanpa klimak.

Oh ya..maksud klimak dalam sastera bahasa melayu adalah  saat paling tegang dalam sesebuah cerita, iaitu dipenuhi dengan konflik dan unsur suspen sehingga membawa kepada pengakhiran konflik.


Entri kali ni sebenarnya bukan aku nak imbas kembali kenangan-kenangan masa kecik dulu..


Sebenarnya..


Sebenarnya...


Sebenarnya Bragon Ball ada 7 bijik semuanya...


Ok. Sebenarnya haritu aku duduk-duduk hujung minggu kat rumah, secara tak tersengaja aku tertengok  cerita dragon ball. Hari ahad pukul 10 pagi kalau tak silap aku. Kalau siapa yang addicted dengan dragon ball mesti tau dalam  cerita ni ada watak Raja Kai. Planet Raja Kai ni memang unik sebab kecik je. Rasanya carrying capacity planet ni tak boleh lebih 100 orang kot.


Planet Raja Kai




Bila tengok planet Kai ni aku teringat stereography photography.

Sebab apa?

Tengok la sendiri






Sebelum

|
|
|
Selepas



Sebelum
|
|
|
Selepas 



Sebelum
|
|
|
Selepas 


Haaa...ade sikit-sikit macam planet Raja Kai kan? Ada kan? Ada kan?!! Bagus...Nasib baik korang cakap ada.Kalau tak mau aku paksa panjat pokok kelapa, nak suruh amik daun kelapa, nak anyam ketupat. Ni semua first time aku buat. Tak ada la nampak superb. Kalau korang nak tengok gambar-gambar stereography yang  lagi super power, korang boleh search sendiri.

Ape? Malas?

Ohh bukan malas, cuma tak rajin...

 Nah kau..! Ni ada link 40 contoh gambar stereography yang awesome..!!

Tengok la puas-puas sampai muntah hijau.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ni aku nak mintak ampun dan maaf kepada sesiapa yang singgah, baca, komen, jenguk-jenguk blog ini kalau ada sesiapa yang terasa hati atau tak puas hati. Kita sebagai manusia memang mudah nampak kesalahan dan kesilapan orang laen, tetapi kita jarang nampak kesalahan diri sendiri. Kalau ada  kesalahan dari aku, maafkan aku dan tegurlah aku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...Hati-hati di jalanraya, pandu perlahan. Anda mampu mengubahnya

Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...