Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Sunday, August 19, 2012

Catatan Raya Pertama

Catatan ringkas raya pertama

1- Bangun awal untuk mandi sunat aidilfitri..ehhh??paip tak ada air..

2- Pergi masjid untuk solat sunat hari raya..aiseh..parking penuh..kene parking jauh sikit..

3- Balik masjid ikut jalan berbeza dari jalan datang masjid..sunnah nabi..tapi....ehh..boleh pulak ada kucing tengah berasmaradana pagi-pagi raya..ish..ni mesti dah tunggu sebulan ni..

4- Sampai rumah buat tahlil ringkas dulu untuk arwah atuk2, nenek2, pakcik2, dan mak tiri...ehhh..awal lagi dah ada budak kecik datang beraya..nasib kau lah join tahlil sekali..

5- Packing2 nak balik kampung..eh..yang packing tu family aku..aku packing balik kerja..

6- Makan ketupat sorang-sorang..

Kesian,
Terima Kasih....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : gambar ketupat yang dianyam sebelum direbus sebelum dimakan sorang-sorang
Readme more >>

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


ANDAI ADA PERNAH TERSALAH KATA, TERSILAP KOMEN, TERASA HATI..
KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN DIPINTA SETULUS HATI
Readme more >>

Monday, August 13, 2012

Self Monologue



5 months past in a blink of an eye.

5 months i've been away from my dear blog and camera.

Lots of things happen.

Too much to be told.

About family, friends, work, and love.

First thing to do.. Spend more time for my beloved camera.

Maybe I should go for a honeymoon with her(my camera)

time travel : picture of me 3 years ago
Readme more >>

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday


Readme more >>

Monday, March 12, 2012

Begedil Degil

Sekejap-sekejap aku memandang ke langit. "Panas nampaknya harini" kata hati batinku. Lantas teringat blog yang dah lama tak update. Eh, apekejadah perkaitan hari yang panas dengan blog yang dah lama update. Sesungguhnya aku sendiri tak mampu mengungkap apa perkaitannya.

Rezeki hari itu murah nampaknya. Hari Jumaat, penghulu sehala hari. Aku ditawarkan dengan daging percuma. Terfikir sebentar, "Nak masak apa daging banyak-banyak ni?". Tak mampu untuk menjawap soalan sendiri membuat aku berfikir "Hantar ke rumah dulu la daging ni, balik nanti baru fikir"

Waktu rehat, pukul 12.30tghari. Siap-siap balik ke rumah, rebus daging. Tapi masih tak tau nak masak apa. Balik dari sembahyang jumaat, terus pergi dapur. Masih tak tau nak masak apa. Terpandang sos lada hitam, terus buat daging masak lada hitam. Dari segi rasa, cukup rasa la untuk orang bujang.

Petang, pukul 4.30ptg. Memikirkan idea nak masak apa pulak untuk makan malam. Sama macam waktu tengahhari, otak tak mampu memproses hidangan apa yang patut aku masak. Jadi aku amik keputusan untuk rebus dulu daging. Supaya daging menjadi lembut, mudah untuk dikunyah dan dihadam. Tak dapat memikirkan hidangan apa y boleh disediakan. Tugas memasak diserahkan kepada teman serumah, merangkap senior Sains Samudera.


Malam, 8.00mlm. daging masih berbaki. Nak simpan, tak ada peti ais. Nak buang, membazir. Jadi aku ambil keputusan untuk membuat begedil menggunakan daging yang berbaki. Dengan pantas tenggiling biru dikerah untuk pergi ke supermarket untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat begedil.
*orang bujang bila nak masak baru pergi beli bahan


Bahan-bahan:
1. Daging.
2. Kentang. Lebih kurang sama banyak dengan daging
3. Bawang merah dan bawang putih. Ikut sesedap rasa nak banyak mana.
4. Daun bawang @ daun kucai.
5. Cili besar *bagi siapa yang suka pedas.Nak lagi pedas letak cili api.
6. Garam.
7. Telur ayam
8. Air. 
9. Pisau. 
10. Minyak masak
11. Sudip
12. Kuali

Langkah-langkah:
1. Cincang daging menggunakan pisau dengan sepenuh hati. Beri perhatian kepada keselamatan diri semasa menggunakan pisau. Nak cincang guna blender pon boleh kalau nak kasi blender jahanam.
2. Sekali lagi menggunakan pisau, buang kulit kentang dengan penuh hati-hati dan kasih sayang. Kemudian potong mengikut bentuk pilihan masing-masing. Sama ada potong dadu, potong silinder, potong kubiod atau lain-lain bentuk.
3. Potong bawang merah. Cincang bawang putih.
4. Goreng kentang yang telah dipotong tadi. Goreng la sesuka hati, asalkan agak-agak mudah untuk dilenyek tu boleh la diangkat dan di toskan.
5. Lenyek lah kentang menggunakan kekuatan fizikal masing-masing. Nak senang, boleh mintak tolong bulldozer tolong lenyekkan.
6. Gaulkan semua bahan yang telah dicincang tadi dalam satu bekas. Nak banyak bekas pon boleh, tapi banyak kerja plak nak gaul banyak-banyak kali. Jangan lupa letak garam sesedap rasa. Gentel adunan yang dah sebati tadi menjadi sfera. Nak buat bentuk lain pon boleh. Ikut kata hati la nak buat macammana pon
7. Panaskan minyak menggunakan kuali. 
AMARAN : Jangan sesekali mencelup tangan di dalam minyak yang panas.
8. Bila minyak dah panas, celupkan adunan yang dah dibentuk tadi kedalam telur sebelum digoreng. Gunakan api yang sederhana untuk memastikan daging masak dengan sempurna.
9. Bila begedil dah menjadi kuning keemasan, angkat, dan tos kan. 
Siap untuk dihidang.

Dan hasilnya....
TADAAAA~







----------------------------------------------------------
P/S : Ni first time buat sendiri begedil sebenarnya..
Readme more >>

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday



-----------------------------------------------------
p/s : maaf bulan  ni cuma mampu buat entri wordless wednesday
Readme more >>

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday

Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...