Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Monday, August 29, 2011

Stereographic Vs Planet Raja Kai

Teingat bila kecik-kecik dulu tiap-tiap hari sabtu dengan ahad, pukul 9.30, da siap tercongok depan tibi ( TV).

Buat ape?

Nanti dulu aku tak abis cerita lagi, jangan menyampuk orang tua nak cakap boleh tak?

Memang kalau tak duduk depan tibi hari sabtu dengan ahad dari pukul 9.30 sampai pukul 10 rase tak lengkap la dunia ni. Sebab hari isnin nak kene  buat ulasan professional tentang siaran tersebut. Sampai bergaduh-gaduh. Ada jugak yang jadi ahli nujum, ramal apa yang akan jadi episod akan datang. Maka akan kedengaran juga suara-suara halus yang menyatakan rasa tak puas hati dengan adegan yang ditunjukkan, tidak kurang juga ada yang teruja nak tunggu episod minggu depan.

Paling tak puas hati, bila tengah-tengah syok nak tunggu klimak boleh plak die suruh tunggu sambungan..grrr..tak puas rasa tengok tanpa klimak.

Oh ya..maksud klimak dalam sastera bahasa melayu adalah  saat paling tegang dalam sesebuah cerita, iaitu dipenuhi dengan konflik dan unsur suspen sehingga membawa kepada pengakhiran konflik.


Entri kali ni sebenarnya bukan aku nak imbas kembali kenangan-kenangan masa kecik dulu..


Sebenarnya..


Sebenarnya...


Sebenarnya Bragon Ball ada 7 bijik semuanya...


Ok. Sebenarnya haritu aku duduk-duduk hujung minggu kat rumah, secara tak tersengaja aku tertengok  cerita dragon ball. Hari ahad pukul 10 pagi kalau tak silap aku. Kalau siapa yang addicted dengan dragon ball mesti tau dalam  cerita ni ada watak Raja Kai. Planet Raja Kai ni memang unik sebab kecik je. Rasanya carrying capacity planet ni tak boleh lebih 100 orang kot.


Planet Raja Kai




Bila tengok planet Kai ni aku teringat stereography photography.

Sebab apa?

Tengok la sendiri






Sebelum

|
|
|
Selepas



Sebelum
|
|
|
Selepas 



Sebelum
|
|
|
Selepas 


Haaa...ade sikit-sikit macam planet Raja Kai kan? Ada kan? Ada kan?!! Bagus...Nasib baik korang cakap ada.Kalau tak mau aku paksa panjat pokok kelapa, nak suruh amik daun kelapa, nak anyam ketupat. Ni semua first time aku buat. Tak ada la nampak superb. Kalau korang nak tengok gambar-gambar stereography yang  lagi super power, korang boleh search sendiri.

Ape? Malas?

Ohh bukan malas, cuma tak rajin...

 Nah kau..! Ni ada link 40 contoh gambar stereography yang awesome..!!

Tengok la puas-puas sampai muntah hijau.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ni aku nak mintak ampun dan maaf kepada sesiapa yang singgah, baca, komen, jenguk-jenguk blog ini kalau ada sesiapa yang terasa hati atau tak puas hati. Kita sebagai manusia memang mudah nampak kesalahan dan kesilapan orang laen, tetapi kita jarang nampak kesalahan diri sendiri. Kalau ada  kesalahan dari aku, maafkan aku dan tegurlah aku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...Hati-hati di jalanraya, pandu perlahan. Anda mampu mengubahnya

Readme more >>

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday


MEREKA TIDAK MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN, TAPI MEREKA BOLEH BERMAIN DAN TERTAWA BERSAMA TANPA MENILAI ANTARA SATU SAMA LAIN

------------------------------------------------------------------------------------
First time buat entri Wordless Wednesday. Walaupon tak berapa nak wordless..haha
Readme more >>

Monday, August 15, 2011

Engkes-Engkes??Ape Kebinatangannya Engkes-Engkes??


Entri ni patutnya aku nak buat sebulan yang lepas.
Tapi sebab terpaksa bermain berlari berkejaran dengan masa, jadi aku tak sempat pon nak taip apa-apa.

Entri kali ni aku nak cerita pasal serangga,atau kalau orang kampung panggil insect.
Aku biasa jugak jumpa natang ni kat rumah, tapi  tak pernah pon kesah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain natang ni tanya apa nama dia dalam bahasa melayu.

Cuma yang aku tau, menurut kamus pertuturan bahasa jawa, nama natang ni engkes-engkes. Nama tu je yang aku kenal sejak azali, tu pon mak aku yang bagitau. Tapi tu nama jawa la, kalau tanya apa nama natang ni dalam bahasa melayu sumpah mak aku tak boleh jawab, apatah lagi kalau tanya apa nama natang ni dalam bahasa alien kompom mak aku pengsan nak jawab. Bila aku tanya kawan-kawan aku yang berbangsa dan berbahasa melayu pun  diorang tak tau jugak nama  natang ni..Maka dengan berbekalkan nama engkes-engkes dan semangat yang membara di dalam jiwa, aku gagahi diri ini untuk mencari nama natang ni dalam bahasa omputih.
Cari punya cari, dalam sejam dua gak aku cari last-last dapat gak nama dia yang sebenar. 


Kalau kalau korang nak berkenal-kenalan dengan natang engkes-engkes ni, kat bawah ni ada sikit biodata dia. Gambar pon ada kat bawah


Common name : RED SPOTTED LONGHORN BETTLE

                             nak lagi best boleh panggil KUMBANG BINTIK MERAH BERTANDUK           

                             PANJANG

Kingdom : Animalia

Famili : Cerambycidae

subfamili : Lamiinae

Genus : Batocera

Species : Batocera rufomaculata 










----------------------------------------------------------------------------------------

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan sesaje malas nak update,tapi terpaksa malas..haha
Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...