Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Saturday, December 31, 2011

Dunia Berakhir 2012?

Bismillah...

Dalam mengejar masa, semua orang memasang impian masing-masing. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang masih dengan impian yang sama. 

Dalam melangkah kehadapan mengejar impiam, ada bermacam halangan dirempuhi, pelbagai cabaran diatasi, dan pelbagai kenangan dicipta.

Ada yang berjaya mendapat apa yang diidamkan. Ada yang terduduk terkangkang apabila mereka tidak mendapat hasil setelah sedaya upaya melakukan apa yang mereka rasakan yang terbaik.

Adakah bila kita tidak mendapat sesuatu yang setimpal dengan usaha kita bermakna kita gagal? Mungkin itu ketentuan Ilahi supaya kita berhenti sejenak, melihat ke kiri dan kanan kita. Kadang-kala, bila kita terlalu memandang kehadapan, kita lupa tidak sedar apa yang ada di kanan, kiri dan belakang kita.

Kita tidak sedar siapa yang berada disisi kanan dan kiri kita, siapa yang menyokong kita dari belakang. Kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Tidak bermakna pabila kita tidak mendapat apa yang kita hajati kita telah gagal. Mungkin ia satu peluang untuk kita lebih menghargai siapa yang berada disisi kita dan siapa yang menyokong kita. Mungkin juga ia merupakan 1 peluang untuk kita memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik.

Ujian hidup bukan satu masalah. Ujian hidup merupakan medan untuk kita menjadi lebih baik.

Never run away from your problems.. Fight it back with your will.!

Oh ya.. Ini entri terakhir..untuk tahun ni.
--------------------------------------------------------------------------------------
P/S:
-Aku dah tak tau apa yang aku merapu dalam entri ni
-Tajuk entri tak ada perhubungkaitan pun dengan entri
Readme more >>

Thursday, December 29, 2011

Taciturn Thursday


--------------------------------------------------------------------------
Taciturn : 
1. reserved in speech
2. silent in expression or manner

p/s : aku terlepas nak buat entri Wordless Wednesday.. Jadi aku buat entri Taciturn Thursday.. Suka-suka hati je kan?
Readme more >>

Thursday, December 15, 2011

Lawatan Sambil Belajar

Bismillah..

Apa?
Tak pernah baca aku taip bismillah..? Kan cikgu ajar nak mulakan sesuatu dengan bismillah..?
Cikgu tak pernah ajar? 
Lempang nak?

Waktu aku belajar dulu terasa masa berlari terlalu pantas, sampai aku tercungap-cungap nak kejar. 

Ya..
Aku tau stamina aku tak tinggi.. Bukan sebab aku malas bersenam, tapi aku tak rajin bersenam..

Disebabkan masa yang suka berlari, aku xsempat nak update gambar-gambar dan aktiviti aku masa belajar. 
Aku bukan malas nak update, tapi aku sibuk kejar masa..
Betul, aku tak tipu... 

Gambar-gambar untuk entri kali ini aku ambil masa ada lawatan sambil belajar ke Pelabuhan Kuantan. Apa kau ingat budak sekolah je yang ada lawatan sambil belajar?

Rentetan kejadian :- 

Naik bas > Bertolak pergi > Sampai Pelabuhan Kuantan > Turun bas > Dengar taklimat dari Pihak Pengurusan > Jamuan Ringan > Pusing Pelabuhan Kuantan > Naik menara kawalan > Naik bas > Berfoya-foya di MesraMall > Bertolak balik


Memang seronok..Eeerrrr.. Macam lawatan sambil belajar masa sekolah. 



cari binatang menyorok

 

Projek Taik Mata


Ni err.. Ni kelas sejarah

Tugboat dah start menjalankan tugas
Kapal APMM VS Navy
Tugboat
Pilot boat
Errr..yang tengah tu tak tau motif
Half of the class
Aumm...
Yeah..mari berjimba



Model separuh masa tak berbayar



"Ini talak jual, ini champion punya oo.."
Fokus... Fokus..

Opocot..eh nak try jatuh la..
Aktiviti di masa senggang...Lumba dalam troli.

----------------------------------------------------------------------
Pantun dua kerat

Kura-kura dalam perahu,
Internet aku tak laju.


Readme more >>

Friday, December 9, 2011

Mari Mencandat Sutun

Berkurun aku tak update blog...Bukan aku malas..Bukan..Sila la percaya...Kalau tak percaya, belahlah dada, operate lah hati..

Sebab apa aku tak update?

Sebab....Sebab...

eeerrrr....

Eh....Sapa yang pernah pergi candat sotong?Haaa...mesti ada tak pernah pergi kan? Mencandat sotong ni tak sama macam mancing ikan. Kalau mancing ikan ni memang layan bertarung masa nak naikkan ikan. Kalau candat sotong ni tak payah nak ganas-ganas bertarung nak naikkan sotong. Mau putus nanti tentacle/janggut sutun tu nanti.

Alhamdulillah la masa aku belajar (alamak.terasa macam da lama abis belajar plak) sempat la jugak aku merasa mencandat sotong ni 2 kali.. First time pengalaman masa trip untuk subjek Kerja Lapangan..Mencandat dekat dengan kawasan Pulau Redang..Masa tu bodoh-bodoh lagi pasal candat sotong ni..Aku rasa aku dapat jugak sotong masa tu, tapi tak ingat dapat berapa ekor..Aku rasa la...

Kali kedua ni plak aku pergi sendiri dengan kawan-kawan aku..Sorang member ni yang jadi program manager, dia yang cari bot, dia jugak cari peserta yang nak join mencandat.

Jadi pada hari yang ditetapkan, maka bertolaklah aku ke Seberang Takir. Kami naik bot dari jeti Seberang Takir dalam pukul 6 petang lebih. Haaa..peringatan kepada sesape yang mabuk laut, yang rasa-rasa akan mabuk laut atau tak pernah naik bot, elok la makan pil mabuk laut sejam sebelum naik bot. Sebab apa? Sebab ketidakseronokan akan berlaku sebab bagi sesiapa yang mabuk laut tu kompem tak kan rasa nikmat mencandat sotong. Sebab korang akan terbaring lesu tidak berdaya.

Cakap banyak pon tak guna... Korang tengok la gambar yang ada...

berapa punya padat daaa..
sape tau nama rumput ni?






mastermind ekspedisi mencandat
ritual tarian candat
control~...control~..

bouncer Kg Pisang

divemaster..*p/s :-lesen bila mau siap daaaa.....

gewang candat
rekod sotong paling besar..ghehe
xmuat kot nak masuk bekas Mr Potato..
mastermind pegang rekod sotong paling banyak
megi sotong..sotong segar dari laut beb
masing-masing da start mabuk laut dah..haha
yang ni da xlarat lagi dah..
-----------------------------------------------------------------------------------------

Lepas dah lama xupdate ni aku tak janji, tapi akan cuba update lebih kerap. Sebab banyak lagi gambar yang tak dikongsikan lagi. Till next entr, adios...

Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...