Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Monday, January 31, 2011

KRISIS MESIR. BERDOALAH KESEJAHTERAAN MEREKA

Rasanya ramai yang sudah tahu bagaimana keadaan di Mesir sekarang. Keadaan menjadi huru-hara, balai polis pon kene bom. Sama-sama la kite berdoa bukan untuk rakyat Malaysia yang ada kat sana je, tapi untuk semua umat Islam yang ada kat sana. Kalau boleh buat la sembayang hajat untuk kesejahteraan saudara-saudara kita 

 sumber gambar : http://ariffshah.com 


If you know anyone in Egypt, please pass this on to them. To bypass government 
blocking of websites, use numerical IP addresses: Twitter ”128.242.240.52” Fb ”69.63.189.34” Google ”172.14.204.99”. A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50 Login password: toto. Please pass this on and share.

-Akmal Aziz, Mansoura University, Egypt-
 sumber : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/announcement-0454am-gmt-2-egypt-3112011.html#comments


aku tak pasti samada internet kat sana disekat terus atau laman web popular je yang kene blok. Sila maklumkan pada kawan-kawan disana tentang maklumat ni. Copy numerical IP address, paste diruang url, tekan enter. Automatik akan pergi ke laman web tersebut. SILA MAKLUMKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA DISANA 



ni link tentang apa yang berlaku disana sekarang ni:

What's Happening in Egypt Explained 

yan 

Readme more >>

Sunday, January 30, 2011

Pang..Pang..Lempang Kompang..

Kali ni kali kedua aku amik gambar pengantin. Tapi bukan sebagai official photographer. Aku ni blom layak lagi jadi photographer. Macam perkahwinan abang aku, aku tumpang menyibuk official photographer nak amik gambar, tapi photographer kali ni nampak ok sikit banding photographer majlis abang aku yang muka nak ketat tak tentu pasal. 

 Majlis ni da seminggu yang lepas tapi baru nak upload harini. Terserlah kemalasan kelembapan internet aku. Bertarikh 22 Januari 2011 berlangsung la majlis persandingan pasangan Fara dengan Azlan dan kakak Fara (err..xingat sape name dia).

Aku kenal Fara ni sebab kiteorang same-same join wataniah. Sape kate awek2 cun tak ada join wataniah? Ni aku tunjuk gambar-gambar beliau, tengok je..jangan lebih-lebih, aku cucuk mata ko nanti. Da jadi bini orang ni

2 hari ni aky langsung tak blogwalking. Internet yang lambat membuat aku rase sayu nak on9. Jadi aku nak mintak maaf la kalau ade yang terasa ati aku tak balas jejak (errr...ade ke orang kesah??). Papepon korang enjoy la tgk gambar-gambar kat bawah ni.. Sila la komen dan kiritik kalau nak. Tak nak pon kene komen gak..haha..Ok ayat last tu gurau



Suami datang kene la salam dan cium..
Mencecah pelamin
A day king (Raja sehari..hehe)
tersenyum-senyum tersipu malu
"ku serahkan bunga cinta hatiku"
mereka berdua serasi bersama
"ku semat keris di pinggang lambang kegagahan sebagai penjaga keluarga"
"kanda raja, dinda permaisurinya"
Add caption


ececeh..malu-malu plak
adik dan kakak
dua raja dan dua permaisuri
Gambar Fara dengan kakak dia aku tak sempat nak amik banyak, sebab ada komitmen laen (eceh..gaya ckp macam bizi sangat je)

Aku dah mintak izin pengantin sebelum nak post gambar ni, yela mane tau tetibe da post nnt die kate tak izinkan. Kene saman aku nnt..haha..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
UCAPAN KHAS UNTUK PENGANTIN 


Di sebabkan tak sempat nak bagi ucapan panjang mase majlis ko, jadi aku bagi ucapan kat sini jela.. Aku nak ucapkan Selamat Berbahagia kepada pengantin dan pasangan. Semoga berkekalan ke anak cucu. Dapat anak nanti aku amik gambar anak ko plak. hehe
Readme more >>

Thursday, January 27, 2011

Waaahhhh....!!!

Dah-dah.. Jangan jerit lebih-lebih.. Kang kene terajang dengan rumate plak.



Ape pasal aku menjerit-jerit macam mintak penyepak??..





Apakah sebab dan musababnya??





Adakah aku benar mintak penyepak?





Atau adakah aku kene hinteria??





Atau aku memang suke menjerit tak tentu pasal??





Jawapannya sebab ni blog aku, suke ati aku la (sungguh stereotype aku rase).






Tak ape pon sebenarnye entri kali ni.. Tapi sempena aku da dapat follower ke 200. (baru 200 ko nak menjerit macam dah aa 2000..wacaa..~ *sound effect karate)



klik gambar kalau agak2 tak nampak



Tak ada hadiah yang aku mampu nak bagi, cume entri khas ni la aku dapat tujukan kepada Hanna.. Tapi die follow gune twitter, kire follower jugak la kan?


Aku pon dah janji nak buatkan entri untuk kenalkan die, jadi sape nak kenal-kenal sila terjah.



AKU PUNYA HATI



Terjah ye, bukan terajang.. Buat naya anak orang plak ko nak terajang tak pepasal

Readme more >>

Saya Nak Hadiah Hari Lahir Dari YanaMIB




Untuk GiveAway ni aku telah menjadi mangsa kentut dari seorang blogger yang berjaya mencuri hati
YanaMIB sekaligus menjadi tunang YanaMIB. Sape lagi yang suke kentut kat shout orang lain kalau bukan Ujang. (aku jumpe ko aku kentut betul2 kat muka ko nnt..hahaha)

Kalau korang nak join masih sempat ni. Tarikh tutup 31 Januari ni. Syarat-syarat nak join pon senang sangat. Nak tau lagi lanjut, macam biasa klik la gambar kat atas tu

Mangsa tag kali ni

Nieza

Azie

--------------------------------------------------------------------------------------------

Korang kawen nanti jangan lupe jemput aku..hehe

Readme more >>

Contest Gambar Paling Comel



Ni plak tag yang kedua aku ingat. Dari Mizz Fiezah. Ade ke patut tag aku gambar comel. Aku ni mane ade comel. Maskulin adela..haha (dush~ *sound effect kene terajang) Aku memang tak ada gambar sendiri yang comel. Jadi aku gune gambar yang aku amik jela..



Maleh nak ckp banyak.. Ni la gambar yang cute aku jumpe dalam arkib aku






Kepada tuan punye contest, kalau gambar ni tak cukup syarat bagitau la ye.. hehe..
mangsa tag untuk contest ni
--------------------------------------------------
Join bleh klik kat gambar yang atas sekali atau kat sidebar ye

Readme more >>

Tuesday, January 25, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Malam ni malam aku nak bayar hutang-hutang tag aku.. ade yang da nak masuk sebulan tag ni. Maafkan lah daku kawan-kawan. Bukan sengaja mengabaikan, tapi bizi dengan lab. Nak kene siapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir.


Ok. Kite mulakan dengan tag contest.. Serius aku da tak ingat sape yang tag aku.. Kalau ade sesape nak ngaku tag aku contest ni sila datang ke kaunter penebusan.


Contest ni dianjurkan oleh tuan blog Gadis Bermata Coklat. Sesape pon bleh join. Rugi oo tak join. Habuan RM100 kot, sape tak nak.


Ni gambar yang aku pertaruhkan.. Gambar ni asalnya ade warna. Tapi aku celup-celup gambar ni dalam air. Warna die turun, tinggal hitam putih. Kalau sape yang biasa bukak blog aku mesti pernah jumpe gambar ni..hehe

Kalau aku menang, aku nak dapatkan lens 50mm f1.8, eh nak tripod la, mmmm..speedlite pon mcm ok gak..arrghhh..tak leh nak pilih..

Sape nak jadi mangsa tag aku..??aku terjah jela..

Mr Line a.k.a big boss

Faatographer

Miss Jah eh Fizah

Budak New Zealand

Bob

Siap dah list mangsa tag.. Ke ade sesape nak aku tag die??meh bagitau aku...

kalau nak join korang bleh klik kat side bar atau gamabr atas entri ni..

Readme more >>

Saturday, January 22, 2011

KAMI blogger UMT - Edisi Khas UMT


Entri khas untuk ahli group KAMI blogger UMT.
------------------------------------------------------
Sebagaimana yang diketahui oleh hli-ahli KBU (KAMI blogger UMT) Mr Line Hitam Line Putih adalah admin paling besar. Big bos la orang kata. Group ni diwujudkan pada 9 Januari 2011, tahap baby lagi. Dalam masa 2 minggu group ni da kumpul seramai 91 orang ahli. Aku percaya ramai lagi sebenarnya blogger UMT. Cume diorang tak tau je dengan kewujudan group ni..

Dah buat group kene la ada logo ye tak?? Dibawah ni antara cadangan logo

Ni adalah prototype yang pertama dari LPLH

yang ni plak hasil sentuhan seni dari Zarin yang pertama

Zarin kemudiannya menambah baik logo hasil rekaan beliau dengan menambah logo UMT

Kemudiannya Mr Line meletakkan sentuhan beliau sedikit menghasilkan logo yang digunakan sekarang.

------------------------------------------------
*p/s : Pemilihan logo rasmi ni plak dibuat oleh Dean Dang yang gile kuasa. Jom belasah die ramai-ramai
Readme more >>

Friday, January 21, 2011

Mengilat Di Lubuk Rahsia

Istilah Mengilat untuk entri kali ni bukan la bermaksud bermaksud membuat kilat atau macam kite kilatkan kasut. Tapi istilah mengilat ni membawak maksud casting. Kalau yang bagi kaki pancing mesti biasa dengar istilah mengilat.

Tak nak cerita panjang. 2 hari lepas tengah khusyuk buat maksiat kerja makmal untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) tetiba mesej masuk dalam henset aku secara senyap, (takde bunyi sbb aku silent) "jom pergi teman aku mancing, bleh amik gambar sekali.hehe" pandai betul mamat ni pancing nak suh amik gambar die..haha

Aku pon minat mancing sebenarnya, tapi petang tu mood mancing tak datang. Aku amik keputusan teman amik gambar. Dekat lubuk ni aku pernah dapat siakap 2 kilo.. Jangan tak caye, ingat aku tak pandai memancing ke.. Baru-baru ni kawan kepada kawan aku plak pernah dapat siakap 4 kilo, pecah rekod aku. Ikan bulan dengan haruan po ada gak kat tempat ni, tapi sasaran mesti la siakap. Best kot layan siakap tarik.

Sudah-sudah dengan cerita ringkas, bawah ni plak gambar-gambar di lokasi kejadian.
Aku dengan bongkak dan angkuhnya nak bagitau ni la gambar-gambar yang paling cantik aku pernah ada tanpa edit, cuma letak frame je (sambil buat muka nak kene terajang)

----------------------------------------------------------------------------------

gewang yang digunakan untuk mengilat@casting

aku letak spek itam kat depan lens aku, dpt la gambar macam ni

"balik la oii..da nak magrib ni"

nak mancing muke kene hepi baru ikan dengan hepinye makan umpan

hikmat libasan maut

jaga2 cik salmah, kene mata kail kang

hikmat gewangku di joranku

teratai layu ditasik madu

subhanaAllah, cantik pemandangan ciptaan Allah

------------------------------------------------------------------------------------
*p/s: 2-3 hari ni aku busy dengan lab, ni pon da curi mase banyak nak update entri.. Mane-mane jejak yang belom berbalas aku janji akan balas, jangan risau..hehe.. Nak g lab balik
Readme more >>

Monday, January 17, 2011

Kerana Ombak Setitik, Rosak Pantai Sebelanga

*entri kali ni tak boleh magnify

Petang tadi lepas menghantar memory card aku kepada Sifu Photographer untuk dirawat. Aku tak tau la apa masalah Mr. Memory kerana Cik Canoniah tiba-tiba suruh format beliau. Kerana sayang aku turutkan perintah Cik Canoniah ku sayang. Abes hilang gambar aku join amazing race kat KL bersama Jemba. Nasib baek Sifu kate boleh tolong dapatkan balik gambar-gamabr tu. Pasal amazing race tu aku akan cerita laen kali sebab entri kali ni aku nak cerita pasal pantai. Sapa suka pergi pantai? Angkat tangan..yang bulu ketiak panjang tu jangan mengada-ngada angkat, aku tarik bulu ketiak kau nanti baru kau tau. Lepas menghantar Mr. Memory, aku memberjalankan diri aku ke pantai untuk tengok awek cun amik angin. Sebelum sampai pantai aku dah dapat rasa angin dari laut yang menyegarkan. Sekali sampai kat pantai aku tengok ombak tengah memukul pantai dengan rakusnya. Hakisan yang sememangnya dah teruk kat kawasan ni menjadi semakin teruk.

Jadi aku pon roger En. Line Hitam Line Putih suruh datang pantai. Dengan sepantas raksaksa beliau datang dengan raksaksa merah. Kalau die tak datang mane plak aku nak dapat gambar. Semua gambar untuk entri kali ni diambil oleh beliau.

yang tiang dua tu bukan kubur, tapi dulu tempat nelayan tunggu orang dari laut balik

dulu jarak dari gigi air ke tempat menunggu ada dalam 10 meter. tapi sekarang dah dalam air

nelayan gelisah memandang. tempat diorg berdiri dulu adalah jalanraya, dah kene makan separuh dek ombak

pokok pon da banyak yang tumbang

keganasan terserlah

dah tak cantik lagi dah pantai ni

tak lame lagi abes la chalet tu

Sebagai salah seorang Marine Sciencers yang belajar mengenai arus dan longshore drift, aku menyalahkan projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Menurut sumber projek ni sebenarnya tak mendapat kelulusan penilaian alam sekitar (EIA), tapi projek tetap diteruskan. Kesannya, hakisan sepanjang pantai Tok Jembal. Nelayan-nelayan di kawasan ni turut terjejas sama bila pantai terhakis. Sampai bile hakisan akan berlaku? Sampai kiamat pantai dah abis pasir agaknya.

MENGAPAKAH SEMUA INI HARUS BERLAKU..

NOTE : Kalau nak tengok vidoe pasal pantai ni pergi tengok kat blog Encik LPLH
Readme more >>

Sunday, January 16, 2011

My Precious

Beberapa hari ni memang langsung takda nafsu nak blogberjalan. Banyak kerja dan masalah tak setel lagi. Maaf la kalau ade jejak tak terbalas. Kalau nak aku balas jejak, tinggalkan la tapak kat mane-mane entri, senang nak kesan. Internet pon da makin tak sihat sekarang, nak upload gambar sekarang amik masa sehari suntuk, bayangkan 3 gambar amik masa dekat sejam, tu takpe lagi nak plak tetiba error. Kene upload balik. Memang sadis. Tapi demi pembaca setia aku gagahkan juga diri ini untuk upload gambar walaupon lautan api terpakse aku renangi, sekalipon naga berkepala tiga menghalang perjalanan. Aku sanggup hadapi semua itu demi follower yang dihormati.(ternyata poyo ayat-ayat aku, cepat lempang lelaju)

Kali ni nak tunjuk gambar kawan-kawan aku yang bawak aku merasa makan kat tempat yang bleh kire eksklusif berdekatan dengan kawasan rumah sewa aku. Da nak 3 taun duk sini, first time aku datang kat kafe ni. (aku bukan orang kaya nak makan tempat mahal)

Aku tak buat magnify untuk entri kali ni sebab tak sempat. Dok upload gambar dari pagi sampai malam membuatkan aku kehilangan inspirasi nak buat magnify.

pintu depan NR Cafe..macam-macam ada

Dessy

Mizah

Sarah

Faizal

boleh jadi model rimba ni..

masing-masing muke da lapor, tapi dok cover2..haha

sup belut memang best

abes dah...nak kenal Faizal g kat link url dlm gambar diatas

Dah kenyang ada plak suara halus ajak g bandar

baru beli speedlite..ghehe

3 beradik laen mak, laen bapak, laen negeri


Lapar dan geram bercampur aduk, bergaul dan bersebati membuat aku rase nak kunyah router internet aku. Kenapa la kau lembab. Kalau boleh buat sup kan best. Teringat sup belut.
Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...