Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Wednesday, February 9, 2011

Rumah Usang Itu

Dah dua hari aku tak blogwalking. Blog pon tak update. Sekarang ni antara minggu kecemasan, 17 Feb ni da nak kene anta draft final untuk thesis. Ade sesiapa yang nak tolong buatkan tak draft aku? Nanti aku belanje sotong tepung. Haha..

Gambar-gambar untuk entri kali ni sebenarnye percubaan aku untuk amik gambar portraiture. Jumpe rumah usang kat tepi pantai. Aku pon cuba-cuba la amik gambar walaupon tak seberapa. 

Kalau sesiapa yang biasa godek blog aku ni mesti korang perasan asik-asik gambar mamat ni je yang penuh dalam blog aku. Nak buat macamne, model pompuan yang aku import belum sampai lagi. Ke ade sesiapa yang nak jadi model aku? Kalau nak meh cepat-cepat isi borang nikah.

Da membebel lebih kurang, jadi korang tengok la plak gambar-gambar yang aku snap ni. Kurang, lebih bagitau la aku.. Boleh aku tambah mane yang kurang, kurangkan mane yang terlebih. 







Dah puas tengok gambar? Sebelum korang pergi aku nak mintak maaf kalau ada yang korang senang dengan bahasa aku, atau tak suka dengan gambar-gambar aku. Aku nak berehat dari blog untuk 2 minggu. Banyak kerja nak kene buat yang perlukan perhatian yang lebih dari aku. Kalau ini entri yang terakhir pon aku nak mintak maaf kepada semua yang membaca kalau ada silap dan salah. PEACE~ (^_^)Y

------------------------------------------------------------------------------------------
SAPE YANG DUDUK AREA KL?? TAU TAK BERAPA HARGA LENS CANON EF 50mm F1.8 II DEKAT MIDVALLEY??
Readme more >>

Sunday, February 6, 2011

Hitam Putih Teluk Ketapang

Seminggu lepas semua orang post status tengah hepi kat rumah masing-masing. Aku plak tak balik rumah, sayu jugak la baca status orang laen. Ada plak yang pergi melancong, aku nak ikut tak dapat. Lagi la syahdu, tapi nasib baik la jugak ada coursemates yang seangkatan tak balik rumah. 

Kejadian ni tak dirancang pon sebenarnya. Pada suatu petang yang dingin, gadis-gadis ayu ni call aku "Salam, ada helmet lebih tak? Kiteorang nak pinjam, nak pergi makan sotong celup tepung kat Teluk Ketapang" lalu hati kecilku berdetik "wah..Ini sudah bagus..Boring-boring ni best gak makan sotong tepung"


Dipendekkan cerita, Sampai la kat Teluk Ketapang, tak sampai 10 minit pon kalau nak g dari rumah sewa aku. Kalau orang yang bukan dari Terengganu nak datang Teluk Ketapang ni senang je, cari signboard ke Lapangan Terbang. Confirm sampai kat pantai Teluk Ketapang. Kat sini terkenal dengan makanan laut celup tepung, dari sotong, udang, ikan, ketam pon ada. Selain tu tiap-tiap hujung minggu pantai Teluk Ketapang ni penuh dengan orang datang bersantai kat pantai. Tapi kalau musim monsoon tu tak payah la nak mengada-ngada datang. Waktu monsoon ombak kat sini kuat.. Kalau datang nak tengok ombak boleh la

Gambar sotong dengan udang celup tepung aku dapat amik sikit je dek tak tahan godaan udang dan sotong yang memanggil-manggil. Owh dugaan~ Betul la apa yang En. Tolahah kata "Dalam banyak-banyak photographer ni, jadi photographer makanan paling susah. Kene tahan makan baru dapat rasa makanan"

Lepaih  abis makan depa ajak amik gambaq sat kat waterbreak (eh..apepasal tetibe aku ckp utara ni) 
Korang tengok jela gambar-gambar yang tak seberapa aku amik..

Gadis-gadis Marine Science

Baek punyerr~

Cukup dah kouta aku ni

Sorang dah kene telan dek ombak

tunggu ombak 6 kaki tak sampai, gambr dengan ombak kecik pon cukup la

termenung tunggu ombak

yang ni aku tak tau diorang tengok apa, nampak Duyung Aridinata kot

satu-satunya gambar ada warna untuk entri ni..kali korang ngidam nak makan ABC..hehe


---------------------------------------------------------------------------------
Aku tak kesah sangat tak balik cuti raya cina ni..Sebab hujung bulan dua nak balik, jiran aku nak kawen.. Nak amek gambar orang kawen lagi..Hehehe~
Readme more >>

Saturday, February 5, 2011

Ben Ashaari Live In Batu Buruk

Sape Ben Ashaari?? Artis ke?? Ape die buat kat kat Batu Buruk?? Ada konsert atau gig ke??
Sape yang tak kenal abang ketul-ketul ni.. Khamis lepas Abang Ben datang Terengganu. (ye betul khamis..aku update cerita basi).  Bukan senang oo nak jumpe Ben Ashaari ni.. Blogger popular yang meniti di bibir entri setiap blogger baru macam aku ni.  

Pukul 2 Mr Line tak sampai-sampai kat rumah aku. "Aik mamat ni.. Kate lepas zuhur nak gerak. Aku pancitkan jugak tayar raksakse die ni karang" Gitu lah lebih kurang hati aku berkata-kata. Mungkin die tak tau aku boleh bertukar jadi super saiya ketujuh. 

Tunggu punye tunggu sampai jugak akhirnya Mr Line dengan raksakse merah dia. Semua bekumpul kat A&W Batu Buruk. Aku rasa sekarang A&W dah jadi rare dah, ke ade orang biasa jumpe kat tempat laen? Abang Ben sampai Batu Buruk dalam kol 2.30 aku plak sampai lebih kurang kol 2.40. Segan plak orang terkenal sampai dulu..haha...

Sampai-sampai aku biar dulu cik canon aku ni dalam beg.. Segan-segan nak amik gambar sume yang ada kat situ. Bile abang Ben dah start amik gambar aku pon kuarkan cik canon aku ni... Snap~ Snap~ tengok la hasil-hasil kat bawah ni

peluang yang rare, taep link sendiri dalam netbook Bro Ben

Ben Ashaari

bloggernita..err.tak termasuk Bro Ben

Legem ni boh.. Abang/Bro/Pakcik/Tuan Tolahah..(err...xtau nak gune panggilan apa)

sesi mantra oleh Bro Ben

Pemilik raksaksa merah..Mr Line feat Bro Ben

Bloggernita..gambar bloggerwan tak sempat nak amik

List link ahli VIP yang ada :
--------------------------------------------------------------------------------------
Petikan pilihan :

Abang Ben : "kita buat blog ni nak cari kawan, bila ada ramai kawan senang. Pergi mana-mana ada kawan"

Abang Tolahah : "Semua boleh letak gambar coke, tapi kite boleh amik gambar yang buat coke nampak lagi sedap"

*p/s: ayat petikan telah diolah mengikut daya ingatan penulis
Readme more >>

Thursday, February 3, 2011

First Day Dapat Kamera

Bile aku hitung balik rasenye baru 3 bulan aku beli kamera DSLR. Macam-macam dah gambar dalam arkib aku. Bile tgk balik gambar-gambar yang ada, aku terbukak 1 fail lama. Fail gambar hari pertama aku beli kamera (kire lame la tu 3 bulan). Tengah ari aku beli kamera, menggigil oo tangan nak bagi duit kat orang kedai tu. Rm1719.00 bertukar tuan. Tengahhari aku beli, petang kawan aku sms "ko da beli blom kamera?hehe..petang ni amik gamba aku maen badminton", dalam ati aku "aik..laju betul mamat ni dapat info" 
Aku tak abes bace manual lagi dah ajak amik gambar dia. Hentam jelah.. Aku baca sepintas lalu manual, mane suis ape bagai semua, petang tu terus g dewan.  

Mase awal-awal aku tak tau lagi nak kawal shutter speed (tak tau pon ape shutter speed sebenarnya). Macam gambar budak ni.. Gegaran di kaki dan tangan tahap parkinson disebabkan penggunaan shutter speed yang lambat.

Ni la antara gambar-gambar yang ok. Yang laen semua gegaran tahap 9 skala Richter.Pape pon korang tengok dan komenlah gambar hari pertama aku dapat kamera. 


aku tgk raket dgn budak ni nak sama tinggi dah

sape ckp pergi gym je boleh ketul2..men badminton pon tgn ketul2

aku tak nampak mane shuttle, korang nampak?


macam menari pon ada aku tgk


lompat si katak lompat...lompat~

-----------------------------------------------------------------------------
Kepada penghantar msg : Ko orang pertama yang aku snap gune kamera sendiri. Masuk blog lagi.. Femes ko dowh..

Readme more >>

Tuesday, February 1, 2011

Tutorial Magnify Gambar

Tutorial ni bagi menjawab soalan dari YanaMIB bagi menjawab soalan aku. Aku tak tau pasal autopost sebab sebelum ni aku pakai post editor yang lama. Bagi sesiapa yang tak tau, post editor lama tak ada autopost, cuma updated post editor je yang ada (ke aku sorang je yang tak tau ni) 
gambar yang sebelah atas adalah post editor yang baru, yang sebelah bawah plak yang lama. Aku tau mesti ada yang masih pakai editor yang lama, tak ramai pon mesti ada sikit yang guna. 


updated editor
editor lama
updated post editor ni lagi senang dan lagi banyak kelebihan. Kalau sesiapa yang masih pakai post editor lama  kalau nak tukar ikut step ni

Dashboard > Setting > Basic > scroll ke bawah nnt jumpe macam kat bawah ni > klik updated editor > save setting 



Ok sekarang kita akan mulakan tutorial MAGNIFY GAMBAR (rasa macam cikgu plak) 

1 - Mula-mula korang kene copy and paste html kat bawah ni.
(Dashboard > layout > add page element > HTML/javascript )





*kod ni cume perlu letak sekali, dan jangan dibuang. Kalau tak nanti tak boleh magnify image


2 - Kod kat bawah ni pulak kene letak untuk setiap gambar yang korang nak magnify.




* ruang "url gambar disini" adalah untuk url yang gambar akan diupload
* data-magnifyby="2" merujuk kepada berapa kali ganda anda nak magnify.
width dengan height tu pilih ikut sukehati nak besar mana. Kebanyakan gambar aku kalau yang menegak aku cume ubah width jadi 300. Kalau gmbar melintang ubah width jadi 400


SOALAN LAZIM : 
1 - mana nak dpt url gambar?
2 - nak paste code kedua ni dekat mana?


JAWAPAN


Soalan 1- Upload gambar macam biasa. Ke ade yang tak pernah upload gambar? Tak kan la nak kene buat tutorial upload gambar gak. Melampau la tu.





 Bila dah upload. Besarkan jadi original size dulu. Supaya kalau magnify nanti gambar tak pecah-pecah






bila tumbesaran gambar berjaya. Right click pastu pilih "copy image url". URL ni la yang nak dipaste ke dalam code html dalam ruang "url gambar disini"


Soalan 2 - Pergi ke tab edit html, sebelah compose. Paste je code yang yang ke dua tu kat situ. Kalau da masukkan url gambar, korang bleh g balik ke compose.


Kalau YanaMIB pejam mata jawab soalan aku, aku bersengkang mata nak buat tutorial ni.. Haha

SEMUA NI AKU BLAJA KAT SINI : BLOG TUTORIAL

UPDATE : ANDA BOLEH PASTE CODE NI SEBAGAI POST TEMPLATE. SUPAYA SETIAP ENTRI BARU YANG NAK DITAEP NANTI DAH ADA CODE NI. TAK PAYAH NAK BUKAK TUTORIAL NI TIAP KALI NAK COPY CODE..

SETTING > FORMATTING > POST TEMPLATE (paste kat sini)
------------------------------------------------------------------------------
Kalau ada yang tak paham kat mana-mana part sila tanye. First time buat tutorial ni. Takut ada yang tak paham. Atau kod yang aku bagi tu tak boleh gune. Korang pergi la ke link blog tutorial kat atas ni untuk copy code html


Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...