Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Monday, January 17, 2011

Kerana Ombak Setitik, Rosak Pantai Sebelanga

*entri kali ni tak boleh magnify

Petang tadi lepas menghantar memory card aku kepada Sifu Photographer untuk dirawat. Aku tak tau la apa masalah Mr. Memory kerana Cik Canoniah tiba-tiba suruh format beliau. Kerana sayang aku turutkan perintah Cik Canoniah ku sayang. Abes hilang gambar aku join amazing race kat KL bersama Jemba. Nasib baek Sifu kate boleh tolong dapatkan balik gambar-gamabr tu. Pasal amazing race tu aku akan cerita laen kali sebab entri kali ni aku nak cerita pasal pantai. Sapa suka pergi pantai? Angkat tangan..yang bulu ketiak panjang tu jangan mengada-ngada angkat, aku tarik bulu ketiak kau nanti baru kau tau. Lepas menghantar Mr. Memory, aku memberjalankan diri aku ke pantai untuk tengok awek cun amik angin. Sebelum sampai pantai aku dah dapat rasa angin dari laut yang menyegarkan. Sekali sampai kat pantai aku tengok ombak tengah memukul pantai dengan rakusnya. Hakisan yang sememangnya dah teruk kat kawasan ni menjadi semakin teruk.

Jadi aku pon roger En. Line Hitam Line Putih suruh datang pantai. Dengan sepantas raksaksa beliau datang dengan raksaksa merah. Kalau die tak datang mane plak aku nak dapat gambar. Semua gambar untuk entri kali ni diambil oleh beliau.

yang tiang dua tu bukan kubur, tapi dulu tempat nelayan tunggu orang dari laut balik

dulu jarak dari gigi air ke tempat menunggu ada dalam 10 meter. tapi sekarang dah dalam air

nelayan gelisah memandang. tempat diorg berdiri dulu adalah jalanraya, dah kene makan separuh dek ombak

pokok pon da banyak yang tumbang

keganasan terserlah

dah tak cantik lagi dah pantai ni

tak lame lagi abes la chalet tu

Sebagai salah seorang Marine Sciencers yang belajar mengenai arus dan longshore drift, aku menyalahkan projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Menurut sumber projek ni sebenarnya tak mendapat kelulusan penilaian alam sekitar (EIA), tapi projek tetap diteruskan. Kesannya, hakisan sepanjang pantai Tok Jembal. Nelayan-nelayan di kawasan ni turut terjejas sama bila pantai terhakis. Sampai bile hakisan akan berlaku? Sampai kiamat pantai dah abis pasir agaknya.

MENGAPAKAH SEMUA INI HARUS BERLAKU..

NOTE : Kalau nak tengok vidoe pasal pantai ni pergi tengok kat blog Encik LPLH
Readme more >>

Sunday, January 16, 2011

My Precious

Beberapa hari ni memang langsung takda nafsu nak blogberjalan. Banyak kerja dan masalah tak setel lagi. Maaf la kalau ade jejak tak terbalas. Kalau nak aku balas jejak, tinggalkan la tapak kat mane-mane entri, senang nak kesan. Internet pon da makin tak sihat sekarang, nak upload gambar sekarang amik masa sehari suntuk, bayangkan 3 gambar amik masa dekat sejam, tu takpe lagi nak plak tetiba error. Kene upload balik. Memang sadis. Tapi demi pembaca setia aku gagahkan juga diri ini untuk upload gambar walaupon lautan api terpakse aku renangi, sekalipon naga berkepala tiga menghalang perjalanan. Aku sanggup hadapi semua itu demi follower yang dihormati.(ternyata poyo ayat-ayat aku, cepat lempang lelaju)

Kali ni nak tunjuk gambar kawan-kawan aku yang bawak aku merasa makan kat tempat yang bleh kire eksklusif berdekatan dengan kawasan rumah sewa aku. Da nak 3 taun duk sini, first time aku datang kat kafe ni. (aku bukan orang kaya nak makan tempat mahal)

Aku tak buat magnify untuk entri kali ni sebab tak sempat. Dok upload gambar dari pagi sampai malam membuatkan aku kehilangan inspirasi nak buat magnify.

pintu depan NR Cafe..macam-macam ada

Dessy

Mizah

Sarah

Faizal

boleh jadi model rimba ni..

masing-masing muke da lapor, tapi dok cover2..haha

sup belut memang best

abes dah...nak kenal Faizal g kat link url dlm gambar diatas

Dah kenyang ada plak suara halus ajak g bandar

baru beli speedlite..ghehe

3 beradik laen mak, laen bapak, laen negeri


Lapar dan geram bercampur aduk, bergaul dan bersebati membuat aku rase nak kunyah router internet aku. Kenapa la kau lembab. Kalau boleh buat sup kan best. Teringat sup belut.
Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...