Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Thursday, February 3, 2011

First Day Dapat Kamera

Bile aku hitung balik rasenye baru 3 bulan aku beli kamera DSLR. Macam-macam dah gambar dalam arkib aku. Bile tgk balik gambar-gambar yang ada, aku terbukak 1 fail lama. Fail gambar hari pertama aku beli kamera (kire lame la tu 3 bulan). Tengah ari aku beli kamera, menggigil oo tangan nak bagi duit kat orang kedai tu. Rm1719.00 bertukar tuan. Tengahhari aku beli, petang kawan aku sms "ko da beli blom kamera?hehe..petang ni amik gamba aku maen badminton", dalam ati aku "aik..laju betul mamat ni dapat info" 
Aku tak abes bace manual lagi dah ajak amik gambar dia. Hentam jelah.. Aku baca sepintas lalu manual, mane suis ape bagai semua, petang tu terus g dewan.  

Mase awal-awal aku tak tau lagi nak kawal shutter speed (tak tau pon ape shutter speed sebenarnya). Macam gambar budak ni.. Gegaran di kaki dan tangan tahap parkinson disebabkan penggunaan shutter speed yang lambat.

Ni la antara gambar-gambar yang ok. Yang laen semua gegaran tahap 9 skala Richter.Pape pon korang tengok dan komenlah gambar hari pertama aku dapat kamera. 


aku tgk raket dgn budak ni nak sama tinggi dah

sape ckp pergi gym je boleh ketul2..men badminton pon tgn ketul2

aku tak nampak mane shuttle, korang nampak?


macam menari pon ada aku tgk


lompat si katak lompat...lompat~

-----------------------------------------------------------------------------
Kepada penghantar msg : Ko orang pertama yang aku snap gune kamera sendiri. Masuk blog lagi.. Femes ko dowh..

Readme more >>

Tuesday, February 1, 2011

Tutorial Magnify Gambar

Tutorial ni bagi menjawab soalan dari YanaMIB bagi menjawab soalan aku. Aku tak tau pasal autopost sebab sebelum ni aku pakai post editor yang lama. Bagi sesiapa yang tak tau, post editor lama tak ada autopost, cuma updated post editor je yang ada (ke aku sorang je yang tak tau ni) 
gambar yang sebelah atas adalah post editor yang baru, yang sebelah bawah plak yang lama. Aku tau mesti ada yang masih pakai editor yang lama, tak ramai pon mesti ada sikit yang guna. 


updated editor
editor lama
updated post editor ni lagi senang dan lagi banyak kelebihan. Kalau sesiapa yang masih pakai post editor lama  kalau nak tukar ikut step ni

Dashboard > Setting > Basic > scroll ke bawah nnt jumpe macam kat bawah ni > klik updated editor > save setting 



Ok sekarang kita akan mulakan tutorial MAGNIFY GAMBAR (rasa macam cikgu plak) 

1 - Mula-mula korang kene copy and paste html kat bawah ni.
(Dashboard > layout > add page element > HTML/javascript )





*kod ni cume perlu letak sekali, dan jangan dibuang. Kalau tak nanti tak boleh magnify image


2 - Kod kat bawah ni pulak kene letak untuk setiap gambar yang korang nak magnify.




* ruang "url gambar disini" adalah untuk url yang gambar akan diupload
* data-magnifyby="2" merujuk kepada berapa kali ganda anda nak magnify.
width dengan height tu pilih ikut sukehati nak besar mana. Kebanyakan gambar aku kalau yang menegak aku cume ubah width jadi 300. Kalau gmbar melintang ubah width jadi 400


SOALAN LAZIM : 
1 - mana nak dpt url gambar?
2 - nak paste code kedua ni dekat mana?


JAWAPAN


Soalan 1- Upload gambar macam biasa. Ke ade yang tak pernah upload gambar? Tak kan la nak kene buat tutorial upload gambar gak. Melampau la tu.





 Bila dah upload. Besarkan jadi original size dulu. Supaya kalau magnify nanti gambar tak pecah-pecah






bila tumbesaran gambar berjaya. Right click pastu pilih "copy image url". URL ni la yang nak dipaste ke dalam code html dalam ruang "url gambar disini"


Soalan 2 - Pergi ke tab edit html, sebelah compose. Paste je code yang yang ke dua tu kat situ. Kalau da masukkan url gambar, korang bleh g balik ke compose.


Kalau YanaMIB pejam mata jawab soalan aku, aku bersengkang mata nak buat tutorial ni.. Haha

SEMUA NI AKU BLAJA KAT SINI : BLOG TUTORIAL

UPDATE : ANDA BOLEH PASTE CODE NI SEBAGAI POST TEMPLATE. SUPAYA SETIAP ENTRI BARU YANG NAK DITAEP NANTI DAH ADA CODE NI. TAK PAYAH NAK BUKAK TUTORIAL NI TIAP KALI NAK COPY CODE..

SETTING > FORMATTING > POST TEMPLATE (paste kat sini)
------------------------------------------------------------------------------
Kalau ada yang tak paham kat mana-mana part sila tanye. First time buat tutorial ni. Takut ada yang tak paham. Atau kod yang aku bagi tu tak boleh gune. Korang pergi la ke link blog tutorial kat atas ni untuk copy code html


Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...