Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'



Kali ni aku nak join segmen dari abang ben. Untuk blogger-baru nak naek macam aku ni rasenye ramai kenal ben ashaari. Macam-macam segmen ada dalam blog dia. Tapi satu pon aku belum pernah join. Banyak jadi silent reader je sebelum ni. Tapi kali ni bile abang ben kate nak buat segmen "Blogger Gegarkan 'U'" aku tetibe rase tertarik nak join. Sikit je soalan nak kena jawab. Sape yang nak join segmen ni boleh pergi jenguk blog Ben Ashaari


Belajar di Universiti Malaysaia Terengganu. Sebuah 'U' tepi pantai, ada kawasan bakau. Amik jurusan Sains Samudera. Semester 6, tahun akhir.
Selalunya dialog ni mesti muncul bile orang tanye aku belajar ape...
Penyoal : amik course ape?
Aku : sains samudera
Penyoal : haa??sains ape?
Aku : sains marin
Penyoal : ?? (buat muke blur)
Aku : sains laut
Penyoal : oooo...
Aku : =_="

*janggal sangat ke perkataan samudera?

Aku berasal dari Johor Sembilan. Sebab ape Johor Sembilan?? Mak ayah aku dari Johor, aku lahir pon kat Johor, tapi dari den kocik sampai den bosar den duduk kek nogori. Sobab tu la den ni orang Johor Sombilan. (sila sepak kalau tak suka lawak ni)
Tahun ni umur masuk 22 tahun. Dah hilang status teenager dah.

Sebab ape aku amik jurusan Sains Samudera?? Sebab dia best.. Belajar macam-macam pasal laut. Kita kan duduk kat darat, jadi aku nak tau ape yang ada dalam laut.. kenapa laut warna biru.. Kenapa laut masin, lori garam jatuh dalam laut ke.. Sebab laen aku pilih jurusan ni plak sebab dulu mase matrik pernah buat research pasal jurusan ni dan nampak jurusan ni ada bidang pekerjaan yang luas. Nak kerja kat darat boleh, nak kerja kat laut pon boleh

Sekarang ni target nak kerja dengan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM). Tapi mak pulak macam berat nak bagi kerja jauh-jauh. Doa-doa la mak bagi mintak kerja dengan APMM nanti. Boleh merasa jadi Leftenan.

Readme more >>

Wednesday, January 12, 2011

Gambar Terlampau


AMARAN !! GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI AKAN MENYEBABKAN SAKIT MATA


Dah lame tak kuar menembak, aku dah tak ada gambar yang aku rase menarik aku nak letak dalam blog ni. Tengah bosan-bosan ni, aku cube-cube la mengedit gambar kawan kepada kawan punye kawan punye classmate aku ni guna 'bilikchaya' a.k.a lightroom, ntah bile aku tembak gambar ni pon aku tak ingat. (banyak sangat jamah semut kot) Tajuk entri dengan amaran di atas ni boleh di abaikan sebenarnya. tak ada pon gambar-gambar yang membahayakan kesihatan cuma gambar-gambar di bawah ni aku edit dengan tone yang terlampau-lampau.




Sekian..itu je gambar untuk entri kali ini. Internet lambat sangat, gambar-gambar ni pon upload dari malam tadi. Pagi tadi g kelas, skg baru nak post entri baru. Sabor jela..


Readme more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...