Pages

::-Klik Gambar Untuk Magnify-::

Friday, January 21, 2011

Mengilat Di Lubuk Rahsia

Istilah Mengilat untuk entri kali ni bukan la bermaksud bermaksud membuat kilat atau macam kite kilatkan kasut. Tapi istilah mengilat ni membawak maksud casting. Kalau yang bagi kaki pancing mesti biasa dengar istilah mengilat.

Tak nak cerita panjang. 2 hari lepas tengah khusyuk buat maksiat kerja makmal untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) tetiba mesej masuk dalam henset aku secara senyap, (takde bunyi sbb aku silent) "jom pergi teman aku mancing, bleh amik gambar sekali.hehe" pandai betul mamat ni pancing nak suh amik gambar die..haha

Aku pon minat mancing sebenarnya, tapi petang tu mood mancing tak datang. Aku amik keputusan teman amik gambar. Dekat lubuk ni aku pernah dapat siakap 2 kilo.. Jangan tak caye, ingat aku tak pandai memancing ke.. Baru-baru ni kawan kepada kawan aku plak pernah dapat siakap 4 kilo, pecah rekod aku. Ikan bulan dengan haruan po ada gak kat tempat ni, tapi sasaran mesti la siakap. Best kot layan siakap tarik.

Sudah-sudah dengan cerita ringkas, bawah ni plak gambar-gambar di lokasi kejadian.
Aku dengan bongkak dan angkuhnya nak bagitau ni la gambar-gambar yang paling cantik aku pernah ada tanpa edit, cuma letak frame je (sambil buat muka nak kene terajang)

----------------------------------------------------------------------------------

gewang yang digunakan untuk mengilat@casting

aku letak spek itam kat depan lens aku, dpt la gambar macam ni

"balik la oii..da nak magrib ni"

nak mancing muke kene hepi baru ikan dengan hepinye makan umpan

hikmat libasan maut

jaga2 cik salmah, kene mata kail kang

hikmat gewangku di joranku

teratai layu ditasik madu

subhanaAllah, cantik pemandangan ciptaan Allah

------------------------------------------------------------------------------------
*p/s: 2-3 hari ni aku busy dengan lab, ni pon da curi mase banyak nak update entri.. Mane-mane jejak yang belom berbalas aku janji akan balas, jangan risau..hehe.. Nak g lab balik

16 comments:

  1. aku tau lubuk rahsia nie..ade siakap saiz megatron..

    ReplyDelete
  2. pehh area mana ni,,,
    habak mai kat cek weh,,,
    nk gerak g lubuk ni pula la,, mcm sedap jeq ikan2 kat situ,, mabless~~

    ReplyDelete
  3. Wah best ah gambar ni...lepas ni leh ah tangkap gambar aku pulak ea...
    Tapi memang cantik ah gambar pemandangan ue....

    ReplyDelete
  4. jom berkelah... pijam khemah kat sainol... best ni..

    ReplyDelete
  5. cantik la pemandangan tuu~ :)
    teringin na g mancing. huhu

    ReplyDelete
  6. suke tgk gambar yg ke2 tu.. lawa... thumbs up...^_^

    ReplyDelete
  7. di mana kah gerangan tempat itu..
    haha......
    lah..
    nape sikit jer gambarnyee...
    baru nak teruja2 nengok gambar2 santek 2..hehe

    ReplyDelete
  8. wooaa...lawanya gmbr~~ jeles2~~ ntah dimanakah tmpatnya~~

    ReplyDelete
  9. sumpah aku suka giler pix yg ke2..
    cantek.. subhanallah...
    owhhh.. kaki pancing gak rupanya.. heheh..

    ReplyDelete
  10. eddy stone : da tau senyap2..

    akmal : malu2 harimau plak kau...haha

    adii : sory bro..xleh nak bgtau..hehe..kami menjaga populasi ikan kat sini untuk aktiviti Catch N Release.

    mienah : balik nnt aku tangkap gambar ko dengan kawan2..ajak yana sekali.. :P

    LPLH : xleh berkelah kat sini la der..

    izzati : memang cantik pemandangan kat sini..hehe

    nieza : tq. gambar kedua tu da nak balik tetibe dapat idea nak buat macam tu..hehe

    kod_dox : sebab sikit je gambar yang catntik..hehe

    zaren : bese je ni nak banding gambar ko. ada dekat dengan airport

    bob : aku takut xtimbul2 je...haha

    ku izzati : xsuke mancing duduk2 tgk orang mancing la..

    solihin zubir : tq. gambar tu filter gune spek tu..hehe..pemancing separuh masa

    ReplyDelete
  11. cun! semat! and cool!

    http://maimomento.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. syahada : bese je kot rasanya..papepon thanks

    ReplyDelete
  13. Sumpah aku memang rindu memancing. Hobi mase kecik kut. -__-'

    Btw bakat photography terserlah disni. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...